Bila dah jadi calon SPM ni sibuk. Semua orang yang penah jadi faham lah kan. Walaupun masih awal tahun tapi aktiviti dan jadual tersangat amatlah padat. Boleh nampak yang aku terlalu sibuk sampaikan tak sempat nak tengok 3 episod Vanila Coklat dan 2 Episod Aishiteru dah. Hahahaha penting eh? :p
Oh ya, kehadapan blog yang kucintai, jangan risau kerna aku tidak akan curang denganmu. Ini terbukti bila aku sanggup ketepikan masa untuk buat ulangkaji sebab esok ada exam Sejarah 1 dan Pendidikan Islam 2 semata-mata untuk update blog. Lihat. Betapa masa itu emas. K tetiba. Eh betul lahhhhh aku sampai kena curi masa tau nak update.
Ceh hiperbola. Padahal
| Muka pelajar cemerlang semangat pakai t shirt sekolah -__- |
Aku pun tak nak panjangkan cerita. Cukup lah sekadar bagitahu yang aku sibuk dengan aktiviti sekolah ja. Kena terima hakikat yang aku masih budak sekolah. Exam awal tahun baru ja mula Isnin lepas. So dah jawab paper Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Biology, Pendidikan Islam 1, Sejarah 2. Ada lagi hari Jumaat (Esok), SABTU, Isnin, Selasa, Rabu, Khamis. Lepastu yey kejap. Cuti seminggu tu kejap ja k -.-
Kenapa aku capslock SABTU? Sebabnya Sabtu tu sekolah ganti aku tau lah tapi perlu ke exam? Ahhh semak kepala hotak. Hahahaha buat teruk. Oh dan tujuan sebenar aku gedik nak update jugak tepat satu haribulan Mac ni sebab....aku suka bulan Mac. Hehehhehe :D
| Dah buang spec, boleh nampak mata yg mcm panda sbb tak cukup tidur? |
9 - 11 Mac : Kem PBSM
10 Mac : MY BIRTHDAY!! *Take note and go buy me a present :p*
13 - 15 Mac : Trip to KL & Melaka. Weehuuuu~~
16 - 18 Mac : Time to hangout with friends and adik :D
Hihihih ite tak shabar gileww nak habiskan exam cepat cepat :D Eh perasan tak pipi makin kembang? Yess aku makin gemok. Tapi alhamdulillah BMI masih di tahap normal. Dah jom baca Sejarah dan Pendidikan Islam pulak. Kbye.
P/S : Tajuk aku tu sebenarnya sebab bulan Mac = 3. Dan tigeee tu pulak aku baru tau dekat motivasi, fasi tu cakap bila senyum kena cakap "Tigeeee" XD












